reality

Reality = Checked!

Lama sangat berada di dunia pari-pari rupanya.

titik!

Advertisements

Selamat Hari Raya

Kedebuk gedebak puasa, tau-tau dah fasa akhir puasa. Minggu depan kita pun berhari raya.

Untuk orang tua macam aku ni, raya tidak la se eksited mana. Biasa-biasa ja.  Pagi pegi semayang, petang tebongkang kat rumah.

Cuma harapnya hari raya ni, selain bermaaf-maafaan (which is sepatutnya tak payah tunggu raya), jaga la akhlak dan tutur kata.

Kadang-kadang tutur kata kita menyinggung perasaan orang lain dalam kita tak perasan. Gelak-gelak, gurau-gurau pi kutuk orang. Elok sangat la tu.

Yang ada anak tu, jaga la tutur kata anak-anak anda. Biasanya sifat mulut laser mak bapak akan diwarisi kepada anak-anak. Kalau dapat duit raya sikit tak payah la nak kutuk2 si pemberi kedekut bagai. Sedekah ni kan kena ikhlas. Tapi terbalik, yang menerima pulak tidak ikhlas,

Tak payah la nak membanding-banding kejayaan dunia korang dengan orang lain. Tak ada apa yang nak dibangga pun kat mahsyar nanti melainkan amalan yang di bawa.  Jangan sampai riak dan takabur menjadi raja di hari raya.

Ayuh beraya dalam sederhana. Kalau takda duit raya nak memberi, tak payah bagi. Buatpa nak kena berhabis-habis memberi duit raya tapi kita sendiri yang menderita lepas raya. Bersedekah setakat yang termampu.

Raya pun tak payah la nak pandang pangkat darjat sangat. Kita raya sebagai meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia mana ada eksyen, timing bagus, menunjuk-nunjuk, dsbnya.

Dan lagi satu, kereta bukanlah lambang kekayaan bebudak baru nak up. Keta tu lambang berapa tahun nak kena suffer bayar bank.. nak-nak kalau gaji ciput.

So tak payah la nak kagum sangat kawan-kawan keja keyel bawak balik keta hebat2 sedang kita pakai kapcai buruk ja. Kurang-kurang kita takda hutang yang berdaki. Hati tenang sambil gulung rokok daun atas pelantar.

Tak payah jeles kengkawan tayang awek lawa-lawa sedangkan korang tak tau kos sekali kawan korang dating kat key El,  boleh makan ko seminggu kat kampung. Tu tak kira mentenan awek tu lagi.

Sekian. dan Selamat Hari Raya. Minal Aidil Wal faizin.

 

perkhidmatan.

Bulan 1 haritu cukupla aku berkhidmat 13 tahun dalam perkhidmatan awam. Masih muda dan mentah. Masih banyak yang kena belajar.

Kepuasan berkhidmat dalam Kerajaan bukanlah atas faktor kewangan. Kalau compare gaji, memang jauh beza aku dengan bos aku di company dulu, yang hanya muda setahun dari aku.

Orang selalu kata, keja gomen ni rilek. Tak hectic macam kat private. I beg to differ. Tengok skop keja dan tahap tanggungjawab. Lagi besar skop keja dan tanggungjawab, lagi hectic keja.

Macam cikgu, nampak rilek + cuti banyak, tapi nak berperang ngan murid2 bukanlah satu keja yang mudah.  Tu tak kira kerja-kerja bukan pengajaran dan pembelajaran. Bawak murid pi pertandingan sukan pun pakai keta sendiri dan duit sendiri. Ada kes sampai eksiden, dan cikgu tu pulak di dakwa di mahkamah.

Tu baru cikgu, tak tengok lagi pegawai kerajaan peringkat pusat nak buat keputusan yang membabitkan kepentingan negara…. fuhhhh!!!! salah buat keputusan, anak cucu merana.

Kepuasan keja gomen ni, tak kira la keja apa sekalipun, ialah bila kita deliver sesuatu tugasan dengan cemerlang, Kerajaan dan rakyat dapat manfaat. . Bahasa mudah dapat bantu orang la kiranya. Tu memang puas gila

Tu la tujuan utama aku masuk gomen. Berkhidmat untuk negara.  Bukan sebab nak dapat anugerah khidmat cemerlang.

Tapi bila tujuan tu dah tak selari dengan hakikat kerja, kepuasan kerja jadi hilang nikmat. Motivasi boleh merudum.

Aku tak mau bincang politik, takot jadi kontroversi. Biarlah masa berbicara.

Titik

_____*****______******_______*****_____******

Team work

Bukan semua orang bernasib baik dapat team yang bagus. Aku pernah ada team yang bagus semasa dipinjamkan ke sebuah GLC suatu masa dulu. Kalau cakap soal rindu, memang aku rindu depa2 ni.

Dalam pasukan, mesti ada leader, mesti ada leader in the making dan mesti ada good team member. Kalau leader tak membentuk pelapis, tidaklah leader namanya. Itu kukubesi.

Aku ni kira bernasib baik sebab dapat bos yang baik. Banyak aku belajar. Bukan sahaja belajar pasal pengurusan kewangan tapi belajar menjadi ketua yang baik.

Ketua yang baik bukan  sahaja kena tahu buat keja tapi kena jugak macamana hendak tunjuk dan ajar sesuatu kerja. Tq boss.

Aku juga belajar tentang teamwork.

Penah juga sampai rumah time azan subuh. Tapi rasa best je sebab masing-masing ada peranan masing-masing. Walau aku datang as tukang taip sekalipun,aku tetap di kira menyumbang. Sama-sama penat.

Bila mission accomplish dengan jayanya, memang rasa puas hati sangat. walaupun sumbangan aku sangatlah ciput berbanding teamate yang lain.

Aku rasa semua orang tahu apa yang aku merepek pasal team work ni. Cuma tak semua tahu praktikalitinya sampai tahap mana.

Kadang-kadang kita ingat kita sedang memimpin, rupa-rupanya kita sedang dipimpin, begitulah sebaliknya.

Kadang-kadang kita ingat kita sedang bekerja dalam satu team rupa-rupanya kita menonong sorang-sorang ke depan tinggalkan team mate yang lain.

zaman dah berubah. Masing-masing dengan tembolok masing-masing. Fast track katanya…

Sekian.

titik.

Cerita pasal facebook

Kata orang facebook ni macam pisau. Kena pandai guna. Kalau cuai, boleh terluka jari sendiri. kadang-kadang terluka jari orang lain juga.

Pengguna facebook ni pun macam-macam ragam. Ada yang guna promote barang, share tempat makan, kongsi common interest malah jadi tempat cari jodoh pun ada. Again, terpulang pada masing-masing niat dan tujuan.

Adapun, FB ni boleh jadi tempat menjana dosa, boleh jadi tempat menjana pahala. Yang jadi ustaz ustazah pun ramai. Share perkara-perkara agama ni baik. Tapi, kena rujuk kat guru yang musryid dulu. Check betoi ka dak fakta. Jangan main click dan share saja. Kena pandai beza antara info dan knowledge.

Memandangkan dunia ni dah tanpa sempadan,  nak bergosip dan mengumpat pun tak payah  keluar rumah. Kat wall, chatting boleh je beraktiviti mengumpat ni. nak unfriend si polan dan si polan ni pun boleh secara berjemaah.

Bab posting2 gambar pun satu hal. Yang tukang post memang memang dah macam tu. Suka post gambar segala bagai. Semua benda dalam hidup dia nak berkongsi dengan orang. Dari hal rumahtangga, anak-anak, sosial life, opis, kawan-kawan semua nak upload. Semua nak kena bagitau orang.

Suka sangat kalau orang ‘like’ dan komen-komen posting dorang. Lagi orang puji, laaaaagi dorang suka. Hadap sangat dengan sanjungan dan puji-pujian orang. Padahal, berapa banyak kawan yang ‘plastik’ dalam freindlist tu pun dia taktau sebenarnya. Depan  lain, belakang mengutuk bukan main.

Sebenarnya memang ada spesis manusia macamni. Setiap saat dalam hidup dia, mesti nak kena upload. Kalau tak upload satu hari, mungkin boleh pitam. Mungkin juga loya-loya nak muntah.

Mana-mana pergi pun nak bagitau. Check in sana, check in sini. Travel sana, travel sini.

 

Bagi aku la kan…Biarkanlah. Dah dia suka macamtu, nak buat macamana. Hidup dia, dia punya suka. Tak suka tak payah baca. Hide je kalau takut nak unfriend.

Realiti dan fantasi mereka bersatu di alam maya.

Cumanya, bagi aku, kalau nak upload tu biarlah berpada-pada. Jangan sampai memakan diri. Jangan sampai kita ter’riak’ dalam tak sedar. Tak payah nak menunjuk-nunjuk sangat dengan kehidupan kita yang sementara ni.

Kita bukan makin muda. Buruk pulak nampak  gambar-gambar kita mengalahkan budak sekolah rendah.

Orang tahu kita kaya, maka kita mampu makan kat tempat-tempat hebat, melancong satu dunia, shopping hari-hari, pakai barang branded-branded. Tak payah upload bagitau pun orang tahu. Tak payah tunjuk kat satu dunia keberadaan kita

Orang tahu jawatan kita tinggi, kerja kita banyak, kita busy giler… tak payah nak upload meja kita penuh dengan kertas kerja/paper/surat bagai.

Ucapkan sayang,selamat hari lahir/happy anniversary kat suami/isteri secara live kepada mereka. Tak perlu upload  kat FB. Lebih terkesan di hati.

Telefon kawan kita secara peribadi kalau betul kita ikhlas nak ucap selamat hari jadi. Ajak keluar, belanja makan sekali.

Sama la jugak macam nak invite ke kenduri kawin. Telefon sendiri jemput secara peribadi. Paling tidak sms/wasapps. Ni main tag kat FB je. Nampak tak ikhlas walaupun kita sebenarnya ikhlas. (Ikhlas ni tiada ukuran pasti).

Anak kita pandai. Kita tahu, keluarga kita tahu. Cukup kita saja yang menghargai kepandaian anak kita. Belikan hadiah, raikan kejayaan dia…takpayah nak upload markah anak, nombor berapa dia dalam darjah.

Jujur dengan kehidupan kita sendiri. Tak payah bagitau sesuatu kepada orang yang tak perlu tahu. Aku faham, sesetengah kita sangat bangga dan gembira dengan sesuatu yg mereka dapat atau capai Sebab tu kita rasa macam kita nak berkongsi berita gembira dengan satu dunia

Ironicnya,  kita meminta privasi kita dihormati oleh orang lain, kita sendiri tidak gagal menjaga privasi diri daripada menjadi tatapan umum seantero dunia.

Kalaupun kita tak berniat nak menunjuk, cara kita  macam nak menunjuk2. Jangan lupa…riak, takabur, ujub ini boleh  terjadi walaupun tanpa niat hatta dalam kita tak sedar.

Peringatan untuk diri sendiri.

Sekian. titik!

 

 

 

Salam Idulfitri

 selamat-hari-raya

 

Tetiba terteringat lak zaman muda-muda. Zaman dapat duit raya. Zaman dapat kad raya berpuluh-puluh keping.

Kalau kat U dulu, hari-hari mesti jengok pegeon hole, check kad raya. kehkehkeh!

Hmmm… zaman dah berubah. Kegemilangan kad raya dah jadi retro. Orang dah pakai wasaaps, sms, mms dsbnya. Tu yang smart phone lebih smart dari tuannya.

Oklah…

My points is, Selamat berhari raya. Maaf zahir dan Batin

Kepada yang driving tu, berhati-hatilah di jalan raya.

Kepada driver gila-gila dan rasa jalan raya macam jalan mak bapak dia punya, kalau pun  niat nak mati awal, please jangan libatkan orang lain yang nak balik beraya.

Idulfitri merupakan hari kemenangan.. Ayuh kita sambut hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran.

Allah huakbar.. Allah huakbar…Allah huakbar walillahilham

 

 

Kalau dah asalnya dari kampung

Kalau asal dari kampung, duduk la bandar sebesar mana sekalipun, kampung juga dekat dihati. Kalau duduk negara semaju mana sekalipun, kalau melayu tu, melayu jugaklah yang ada dalam diri.

Kerana secantik hujan emas di negeri orang, hujan batu juga jadi pilihan hati..

Itula kesimpulan yang aku kutip selama 16 hari aku berkelana di bumi asing..

Sekian.