Ramadhan Terakhir

Malam ni malam Ramadhan yang terakhir. Mungkin menjadi Ramadhan yang terakhir bagi sesetengah orang, termasuk aku.

Tiada siapa yang boleh menjamin akan bertemu lagi Ramadhan yang akan datang. kan?

Aku sentiasa berdoa. Moga-moga dipertemukan semula Ramadhan. Lagi dan lagi.. dan lagi.

Ramadhan bulan bonus. Bonus pahala tanpa cukai. tanpa GST. tanpa SST. Bonus berganda-ganda milik kita seorang. Masyukkk!!!

Semoga Ramadhan akan datang aku tak berkeseorangan lagi semasa berbuka dan bersahur. Itu pun jika bertemu Ramadhan jua. .. Ameeen

Titik.

Advertisements

Ramadhan ke 15

Alhamdulillah. Cepat sungguh masa terbang. Sedar-sedar dah masuk setengah bulan berpuasa.

Cuma puasa kali ni terpaksa memaksa untuk diet. Kalau tidak…. hmmmm,  ke laut  lepas jugakla macam tahun-tahun yang lepas.

Puasa ni bukan saja mengajar aku tentang lapar dan dahaga atau mengurang dosa dan menambah pahala atau mengaja erti kesabaran yang teguh.

Puasa kali ini mengajar aku bahawa aku ini sebenarnya telah kaya.  Teringat cerita Tun M pasal 1000 pinggan mee goreng, begitu juga aku sekarang ni.

Teringat juga aku  masa kecik-kecik dulu. Time balik sekolah, hari-hari lalu kat KFC. Hari-hari bau ayam KFC.

Ya Allah sedapnya. Hari-hari aku telan air liur. Itula the only KFC yang ada kat alor Setar time tu. KFC belakang stadium. Bayangkan bulan puasa pulak tu.

Bawak sekolah limaplosen. Nak beli sos paket KFC pun tak lepas apatah lagi nak beli seketol ayam. Nak minta mama belikan? Tak berani nak mintak.

Kali pertama aku makan KFC pun atas ehsan sepupu aku. Bawak aku ngan anak dia gi makan kat KFC Sungai Petani. Jauh tu. Semata-mata anak dia nak tabung KFC yang letak duit ada bunyik2 muzik tu. Stok kat Alor Setar dah habis.

Time tu  makan KFC guna folk and knife. Gila western. Ko hader? why bother. eh?

Orang yang kekoh ngan tangan tu kira standard rendah la. Jakun jugak aku waktu first time masuk. Mana taknya, hari-hari lalu ja time balik sekolah. It was dejavu kot. Gila tak teruja

Sekarang aku dah kaya. Aku nak makan KFC 1000 ketul pun aku mampu. Aku nak makan KFC hari-hari sampai muntah pun takdak hal. Tak kaya lagi macamni?

Walau definisi kaya bagi sesetengah orang mestilah ada keta besar, Rumah banglo mewah siap ada kolam renang, Bini (bakal) pakai beg birkin, Duit berkepok dalam wallet, dalam almari ada beratus juta.

Tapi aku tetap kaya. Lebih kaya dari aku 30 tahun yang lalu.  Cukupla kan? Tak kaya ke namanya lagi?

Keafiatan yang tuhan beri  pada aku sekarang ni pun suatu kekayaan yang tiada nilainya. Tak nak tamak-tamak.

Sekaya-kaya manusia ni macam Qarun tu pun tak boleh buat umah dalam syurga. Takda kontraktor yang sanggup. So korang Takyah la eksyen sangat.

Titik!

 

 

 

 

Selamat Tahun Baru

Alhamdulillah dah masuk ke tahun baru 2018. Tahun baru, azam pun baru. Tahun akhir sebelum aku beranjak ke 4 series.

Kena sedar diri. Aku bukan semakin muda. Maka tahun-tahun akhir ini aku akan berusaha supaya apa yang aku target akan tercapai jua dengan izinNya.

Ye la. Kita ni pandai je merancang. Rancang itu, rancang ini. Tapi yang bagi jadi tu Dia juga. So teruslah bergantung harap kepada Dia selama-lamanya.

Doakan yang baik-baik untuk aku please. Aku pun akan sentiasa doakan yang baik-baik untuk kamu juga.

Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Yang lepas tu biarlah lepas. Yang sudah tu sudahlah. Kita kan manusia biasa. Tak terlepas dari kekhilafan jua.

Ingatlah sepuluh kebaikan yang orang tu pernah buat pada kita, daripada kita asyik dok ingat-ingat  kesalahan yang satu tu berulang-ulang kali. Penat dowh marah-marah, dendam-dendam, sakit hati  sakit hati.

Kan ingat yang baik-baik tu lebih indah.

Ingatan yang buruk-buruk tu menyakitkan jiwa. Nantinya, nak memberi maaf pun jadi payah. Nak menerima maaf pun jadi liat. Keras jadinya hati nanti macam Roy “hati kau keras Roy”.

Doakan aku dalam setiap doa kamu. Doa yang baik-baik saja. Jangan doa kat wall facebook. Doa betul-betul kat Allah. Moga moga doa kamu antara doa yang dimakbulkan Allah. Doa yang diangkat Malaikat.

Ayuh kita bersih hati yang kerak berdaki. Kita ubat retak di hati. Kita patri janji yang tertangguh beribu kali.

Kita tak tau, mungkin apa yang kita dapat harini adalah berkat  doa orang lain kepada kita. Doa ibu bapa, doa guru-guru, doa sahabat-sahabat. Doa kamu juga.

Jangan sombong dengan diri sendiri.

Teruskan berdoa. Ayuh!

 

 

 

 

 

 

BELUM MASANYA

Orang selalu bercakap soal zon masa. Dalam internet pun banyak pasal ni. Dalam whatsapp group pun banyak.

Aku bukan nak bercakap soal zon masa. Aku nak bercakap soal belum masanya.

Macam selalu orang cakap, belum sampai ajal. Belum masa nak mati. Buatla macamana pun, hatta eksiden sampai berkecai kereta. Jika belum sampai ajal, maka belum boleh lagi seseorang itu  mati.

Sama jugak macam sesuatu yang kita hajati dari manusia. Kita mohon Allah tunaikan. Tapi selalu tak dapat.

Kita nak itu dan nak ini pada masa sekian-sekian. Contoh kita nak naik pangkat pada umur sekian-sekian. Atau nak kawin pada umur sekian-sekian. Beli rumah pada umur sekian-sekian.

Kita tak dapat.

Terlajak bas terlepas keretapi macam aku. Selalu kena bahan dengan kawan-kawan. Konon memilih sangat la, taste tinggi la, bla!bla!bla. Eh?

Ustaz ada cakap pada aku. Sangat simple dan padat.

“Jika tak dapat, bermakna belum masanya”

Jika sampai masanya.. maka tiada siapa yang boleh halang keizinanNya.

Rupanya kita selalu mencari izin manusia. Kita lupa yang membolehkan sesuatu itu berlaku yang ultimatenya memerlukan keizinan dariNya.

Pernah ke kita minta izin dari tuhan? Aku? tak pernah sekalipun aku minta izin Dia dalam doa aku. Yang aku tau hanya minta macam-macam apa yang aku nak.

Dahla hamba demand pulak tu. Teruk kan?

jahilnya aku. Allahu.. titik.

BAIK TIDAK SEMESTINYA BAIK, TAK BAIK TIDAK SEMESTINYA TIDAK BAIK

“Tak baik tidak semestinya tak baik”

“baik tidak semestinya baik”

Balik dari surau semalam terngiang-ngiang pulak ceramah ustaz ni.

Ye la. Aku ni selalu bersangka buruk dengan tuhan. Padahal aku tau konsep ‘hikmah disebalik kejadian’.

Bila tuhan berikan sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, hasilnya akhirnya tidak semestinya tidak baik. Yang baik berlaku pada kita tidak semestinya akan berakhir dengan baik juga.

Sebab itu Dia adalah sebaik-baik perencana.

Dikisahkan seorang petani telah yang hilang kuda  betina yang paling baik dia ada. Orang kampung menzahirkan simpati di atas kejadian tidak baik yang menimpa petani tersebut.

Apa petani tu cakap “ yang tidak baik tidak semestinya tidak baik” “yang baik tidak semestinya baik

sgt positif kot sang petani ni.

Akhirnya apa yang berlaku, kuda betina yang paling cantik itu tadi pulang ke kandang selepas beberapa minggu bersama 4 ekor kuda jantan liar yang cantik jugak.

panjang lagi cerita ni… sampailah kisahnya bermenantukan anak orang hartawan…

kesimpulannya memang sang petani ini sentiasa positif dengan ayat “yang tidak baik tidak semestinya tidak baik” “yang baik tidak semestinya baik” setiap kali berlaku sesuatu kepada dirinya.

kata ustaz itu lagi, antara tanda orang yang bahagia hatinya ialah

Jika mendapat musibah dia sabar

Jika mendapat nikmat dia bersyukur

kata ustaz lagi kita selalu lupa bersyukur  dengan apa yang kita sedang dapat sedangkan itu bukan perkara yang kita minta dari Allah.

Contohnya kita minta sebuah rumah yang besar dan cantik tapi yang Dia bagi kita ialah kesihatan yang baik. Kan macam takda kena mengena apa yang diminta dengan apa yang kita dapat.

Tapi, bukankah kalau kita sentiasa sakit dan tak sihat, apa guna rumah yang besar dan cantik. Silap-silap hospital menjadi rumah kedua kita.

Itulah Allah. Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

titik.

 

Penat

Dulu, setiap kali arwah mama nak telan ubat. Dia selalu cakap penatnya makan ubat. Ubat yang sampai penuh tapak tangan.

Ubat mama macam-macam kaler, macam-macam bentuk.  Macam coklat m&m. Kecik-kecik dulu, aku tanya mama “sampai bila kena makan ubat ni?”

Mama cakap, “bila dah tutup mata berenti la makan”

Dia berenti makan ubat semasa aku berumur 31 tahun. Dia berenti makan untuk selama-lamanya. Dah tujuh tahun dia berenti makan ubat.

Setiap kali aku kena makan ubat macam sekarang, mesti aku teringat macamana mama makan ubat.  Bezanya aku makan ubat kalau demam atau tak sihat. Belum ada permanent prescription. Alhamdulillah. Tak penat mana.

Tapi aku tahu, penat mama bukan penat makan ubat semata-mata. Penat dan lelah mahu menjadikan aku seorang manusia.

Aku. ….Kalau boleh aku mahu mengadu aku penat. Penat dengan macam-macam. Sesak dada dan sendat jiwa.

Namun,.. aku biar mama berehat.  Rehatlah mama. Anakanda cuma pohon iringkan doa.

Rehatlah duhai bonda.

 

PERSAINGAN

Persaingan ni ada dua. Satu yang sihat, satu yang sakit. Persaingan sihat ni bagus.

Kata orang, persaingan sihat buat orang rasa sihat. Rasa kuat dan bertenaga.

Syarikat yang disaingi secara sihat akan maju. Sebab? Tokay dia akan cari jalan untuk tambahbaik apa yang kurang.

Akan improve bak kata orang putih. Bukan setakat improve, malah sediakan room for improvement. Ruang untuk penambahbaikan.

Kalau tak,  syarikat dia akan tertinggal dan akhirnya katup (tutup). No one can resist change. we embrace it. To change means to improve.

Ni Alibaba aka Jack Ma pun dah mai. Kalau tak berubah maka babai la jawapnya.

Kita pun camtu la. Takda persaingan, maka takda kemajuan. Dok la dalam dunia complacency. Last-last tenggelam dalam dunia syok sendiri.

Orang dah pegi ke bulan, kita dok panjat bumbung perbetul arial TV tudung periuk lagi.

Dalam dunia ni akan sentiasa ada orang yang lebih hebat, cantik, hensem, lawa, kacak, bijak, kaya dan segala-galanya dari kita.

Pada masa yang sama, ada orang yang  kurang dari apa yang kita ada.

Improve la mana yang boleh. Kalau malas nak bersaing dengan orang lain, bersaing la secara sihat dengan diri sendiri.

Kalau tidak, kita akan lemau. Lemau dek kerana asyik mencari salah orang lain atas kelemauan diri sendiri.

kata Saidina Ali KWH,..

“Celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam, dan esok lebih teruk dari hari ini!”

okbai

Titik.