sabtu ialah hari yang produktif

Hari ni adalah hari jumaat. Esok adalah hari sabtu.

Kena jadikan hari Sabtu sebagai hari yang produktif selain urusan kerja. Juga selain urusan yang melibatkan otak dan pemikiran tacit.

Hari Sabtu adalah hari berehat. Tiada lagi urusan pejabat selepas ini. Nanti moga-moga menjadi hari untuk keluarga pula. (Tak sabar ke?)

Kerja sampai mati pun tak kan ada yang hargai. Paling tidak kawan-kawan datang la berziarah sekejap. Menangis pun belum tentu.

Lepas tu dorang pun kembali ke dunia mereka. Ada yang balik makan. Ada yang balik tengok wayang. Bukan dorang sensitif pun kalau kita mati.  Yang tak datang ziarah langsung pun ada walau yang mati tu bos sendiri.

Mereka meneruskan keseronokan dunia sementara masih hidup. Tinggal la kita sorang-sorang dalam kubur bertemankan amal ibadat atas dunia.

Kerusi yang kita tinggal pun cepat ja diganti orang baru.  Jasa-jasa kita pelan-pelan orang lupa.

Nama kita yang depan bergelaran Dato, Tan Sri , tak lagi disebut orang. Lulusan sampai PhD yang kita pulun sebab nak tayang depan nama kita (yang mak ayah bagi tu) dengan title doktor pun tak berguna lagi. Nama yang ada gelaran Dr. depan pintu pun dah kena tanggal.

Kita ni mengejar benda yang salah. Kita cepat mabuk dengan benda yang salah.

Kata kawan aku, mabuk yang paling dahsyat adalah mabuk cinta. Sebab bila dah mabuk cinta, dah tak peduli halal haram. Dah tak peduli bujang atau laki orang (atau bini orang). Dah tak peduli apa-apa.  Dah lupa segala-gala. Eh!

titik.

 

 

 

 

Doa

 

Betulah janji Allah. ‘Berdoalah, nescaya aku kabulkan’.

Lama sangat aku berdoa meminta hajat yang satu ini. Lama sangat. Aku kirim doa ke tanah suci juga berkali-kali.

Akhirnya Allah makbul. Allah buka simpulan yang dah hampir mati terikat. Allah leraikan apa yang kusut bertahun-tahun.

Ajaibnya doa dan baiknya Allah.

Hatta pendosa seperti aku pun diterima juga doa.

Allah tunjukkan apa yang aku minta ditunjukkan dan Allah lorongkan jalan apa yang aku minta Dia lorongkan.

Cuma aku tetapkan doa agar dipermudahkan urusan selanjutnya selepas ini.

Terowong gelap yang aku lalui sangat panjang. Memakan masa yang sangat lama. Penuh dengan ranjau duri.

Alhamdulillah. Allah beri sedikit cahaya akhirnya dihujungnya.

Semoga jalan yang aku pilih ini bukan jalan yang menjauhkan aku dari Dia.

Cukuplah dosa-dosa aku yang tak terbasuh. Berkerak dan berdaki.

Wahai yang Maha pembolak balik hati, engkau tetapkanlah hati ini atas jalan yang engkau redhai. Sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui atas segala sesuatu.

Terima kasih kepada yang sudi berdoa yang baik-baik untuk aku dulu, sekarang dan akan datang.

Mohon doakan aku sahabat.

Titik.

 

 

berita

Harini aku dengar dua berita kematian.  Sesungguhnya kematian ini suatu yang pasti kepada setiap makhluk yang bernyawa.

 

Al fatihah untuk mereka yang pergi pada hari ni dan pada hari2 sebelumnya.

 

—————————————————-===————————+++—————————

Rezeki.

kalau namanya rezeki pasti dari dia. Kita ni asbab kepada rezeki tu ja sebenarnya.  Kalau bukan rezeki kita, makanan dah dalam mulut pun boleh jatuh ke tanah.

Tapi kalau dah nama rezeki kita, kot-kot mana pun akan tetap jadi rezeki kita.

Macamtu la jugak kehidupan. Yang kita dok hadap sangat pangkat jawatan ni sampai sanggup tikam belakang orang lain tu,… yang akhirnya kita tinggal di pinggir lahad jugak.

takda satu jawatan pun yang kita bawak masuk ‘ke dalam’

Kerana rebutkan kedudukan dunia ni juga sanggup kita aniaya orang, tipu orang, fitnah orang dan macam-macam lagi.

Kerana rebutkan pangkat harta kita sanggup putus saudara, putus sahabat. sangup bermasam muka berketurunan-keturunan.

Kerana kita hadap sangat puji-pujian manusia maka kita sanggup  buat apa saja untuk mendapat nama dan diangkat2 manusia.

Kita buat apa saja untuk dunia semata-mata.

Kita sembahyang, kita puasa, kita zakat. kita haji, kita ibadat.

Tapi  yang kita sembah sebenarnya dunia.  walau kita tahu akhirat juga kekal selamanya. abadan abada.

 

 

titik!

Puji.

Manusia ni suka di puji. Memang fitrahnya macamtu. Jangan kata orang lain, aku pun suka.

Puji cantik, puji hensem, puji kurus, puji slim, puji baik, puji pandai dan lain-lain……

Tapi semenjak gemuk ni asyik kena kutuk gemuk je. Huh! Dah la gemuk, tua pulak tu. Dah la tua, tak kawin plak lagi.

hahaha.. at least dorang berkata benar. Memang la kata-kata tu menyakitkan hati. Tapi sekurang-kurangnya tak bermuka-muka.  Belagak baik di depan. belakanggggggg!!!!???

Kata cerita P. Ramlee, baik ada makna.

Tapi yang membuai manusia sampai ke atas langit ni  kerana puji-pujian. Yang buat kita terawang-awang kembang pun dek puji-pujian.

Sebab tu ustaz ajar kita kena kembalikan puji-pujian tu kepada yang paling berhak di puji iaitu Allah.

Tapi berdasarkan pengalaman kawan-kawan la kan… puji-pujian yang paling best dan dan ayat paling power adalah puji-pujian dari laki orang. 

 

Nanti dah jadi laki orang boleh lah try ek?…. boleh tak?

Gatai nooooo…… ( tiba-tiba terdengar sayup-sayup suara siapakah itu???)

 

allspark

Berhabuk sudah blog aku.

Baru ni ada sorang yang duduk nun jauh di utara tanya awat lama tak update blog. To be frank, aku memang lupa password. Puas memikir apa password aku.

Ye la, nak menulis pun mestila sesuatu yang menarik untuk di baca. Kalau salah tulis, nanti jadi menunjuk-nunjuk pulak. Termasukla menunjuk alim dan suci.

Nak tulis yang jiwang-jiwang pun dah lama jiwang ni berkarat. Nak kayang ayat-ayat puitis pun dah makin hilang sengat. Nak jadi lelaki kelakar pun dah tak berapa kelakar.

Nak update pasal nasihat pun aku bukanlah orang yang ahli dan serba tau. Diri sendiri pun tak ternasihat.

Cuma satu ja aku suka nak share pasal maaf dan meminta maaf.

Nak minta maaf ni bukan satu perkara yang mudah. Orang yang egonya tinggi adalah orang yang sangat susah memohon maaf.

Betul jugak, patutnya benda ni terpantul kat diri sendiri. Aku sendiri pun apa kurangnya.

Dan untuk memaafkan kesalahan orang juga memerlukan jiwa yang besar. Bukan senang nak memaafkan orang terutamanya orang yang membuatkan hati kita berparut akibat sakit hati dan benci.

Itulah selagi mana namanya manusia. Mana pernah terlepas dari berbuat salah. Ubatnya, kalau kita bersalah, mintalah maaf. Kalau orang lain bersalah maafkanlah.

Ustaz kata setiap kali nak tidur, kita maafkan semua orang baru kita tido. memang cakap senang. Easier said than done. Terpulang pada diri nak telan dan hadam.

Ye la.. hati manusia ni susah nak kawal. Hati yang sentiasa di bolak balik. Tapi kalau sampai dah tawar hati baru nak minta maaf, biasanya persahabatan dan relationship tu tak akan sama la macam mula mula-mula dulu. Kan?

Just a piece of advice from someone i know dearly..

“If your sensing something is not right, fix it or end it before you jump into marriage life. Sometimes there is a lot of hint given, but manusia suka membutakan hati atas sebab sayang. When thing happened after married baru nak rasa menyesal. Selagi ada peluang memilih, grab the chance”  

“When someone is so happy with you, she’ll be anticipated to pick your call and feeling contained with you, reply your text a thousand times a day and look forward to go out with you.  When the spark is long gone, you can see it, you can feel it. Your heart won’t lie. Trust me”

Aku maafkan kamu, kamu dan kamu walaupun tiada sebarang permohonan maaf diterima ..dan aku mohon maaf untuk segala-galanya.

Sekurang-kurangnya aku berusaha memohon maaf. Sekurang-kurangnya semuanya akan berakhir dengan baik akhirnya.

titik.

— Mencari yang sempurna itu tidak akan mampu disempurnakan–

 

bermujahadahlah hati

Baru aku perasan. Lama jugak aku tidak menulis. Hampir tiga bulan. Keras pula jari jemari mahu menghadam resah hati dan penat otak. Mahu ditulis perkara yang besar-besar dikata orang aku orangnya yang suka bermimpi di siang hari.

Bukankah untuk menghadap nyata harus terlebih dahulu memasang mimpi. Siapa antara kita yang tidak pernah berimpian mahu jadi itu dan ini. Siapa antara kita yang tak pernah ada  cita-cita dan mahu mengubah sesuatu dengan tangan kalau pun tidak dengan hati.

Kadang-kadang menjadi manusia yang bercita-cita juga  banyak cabarannya. Banyak liku dan dan aral melintang ditengah jalan. Walau pun yang dicita-citakan itu bukan untuk tembolok diri sendiri. Bukan untuk poket sendiri. Bukan untuk naikkan diri sendiri di puncak kuasa.

Kadang-kadang cita-cita itu mahu saja dicampak ke kali yang paling dalam. Biar saja tenggelam di sana tidak terusik. Letih. Letih bila selalu mengadap manusia persis sifatnya enau dalam belukar.

Manakan tidak rasa mahu putus asa.  Manakan tidak mahu saja dibiarkan diri sendiri hanyut mengikut arus. Mahu jadi apa, mahu terdampar dimana, mahu timbul atau tenggelam, diserah saja pada takdir waktu.

idelisnya, bulat manusia kerana muafakat sebagaimana bulatnya air kerana pembentung.  Hakikatnya, bila sesekali meraba-raba di tengah belakang, rupa-rupanya bercacak-cacak hinggap belati tajam.

Mereka mahu jadi ketam melayu yang tarik menarik kawan turun…silakan.

Mahu naik ke atas dengan kesan tapak kaki kita atas kepala orang lain…silakan.

Mahu mabuk dalam limpahan kuasa dan kedudukan..silakan

Mahu diangkat dan dipuji-puji orang…silakan..

Bukan itu yang aku cari. Bukan itu yang aku damba.

Idelisnya aku, biarlah kerja menjadi ibadah.  Biar menjadi jambatan buat aku menuai pahala. Aku penat dengan politik dan politik pejabat yang bobrok dan memenatkan.

Hendak mengikhlaskan hati bukan mudah. Hendak berpaut pada cita-cita ini juga bukan mudah.

Kalau diam itu lebih baik dari berbicara. Maka aku pilih diam.

Bermujahadahlah hati….

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kata orang apa guna bercakaran dengan orang gila yang akhirnya yang dibilang gila itu adalah aku juga.

Menjadi orang baik dikata pura-pura baik, menjadi jahat  di keji orang apatah lagi.

Apa pilihan yang aku ada. Aku pilih sabar.

 

 

Selamat Hari Raya

Kedebuk gedebak puasa, tau-tau dah fasa akhir puasa. Minggu depan kita pun berhari raya.

Untuk orang tua macam aku ni, raya tidak la se eksited mana. Biasa-biasa ja.  Pagi pegi semayang, petang tebongkang kat rumah.

Cuma harapnya hari raya ni, selain bermaaf-maafaan (which is sepatutnya tak payah tunggu raya), jaga la akhlak dan tutur kata.

Kadang-kadang tutur kata kita menyinggung perasaan orang lain dalam kita tak perasan. Gelak-gelak, gurau-gurau pi kutuk orang. Elok sangat la tu.

Yang ada anak tu, jaga la tutur kata anak-anak anda. Biasanya sifat mulut laser mak bapak akan diwarisi kepada anak-anak. Kalau dapat duit raya sikit tak payah la nak kutuk2 si pemberi kedekut bagai. Sedekah ni kan kena ikhlas. Tapi terbalik, yang menerima pulak tidak ikhlas,

Tak payah la nak membanding-banding kejayaan dunia korang dengan orang lain. Tak ada apa yang nak dibangga pun kat mahsyar nanti melainkan amalan yang di bawa.  Jangan sampai riak dan takabur menjadi raja di hari raya.

Ayuh beraya dalam sederhana. Kalau takda duit raya nak memberi, tak payah bagi. Buatpa nak kena berhabis-habis memberi duit raya tapi kita sendiri yang menderita lepas raya. Bersedekah setakat yang termampu.

Raya pun tak payah la nak pandang pangkat darjat sangat. Kita raya sebagai meraikan kemenangan dan kembali kepada fitrah. Fitrah manusia mana ada eksyen, timing bagus, menunjuk-nunjuk, dsbnya.

Dan lagi satu, kereta bukanlah lambang kekayaan bebudak baru nak up. Keta tu lambang berapa tahun nak kena suffer bayar bank.. nak-nak kalau gaji ciput.

So tak payah la nak kagum sangat kawan-kawan keja keyel bawak balik keta hebat2 sedang kita pakai kapcai buruk ja. Kurang-kurang kita takda hutang yang berdaki. Hati tenang sambil gulung rokok daun atas pelantar.

Tak payah jeles kengkawan tayang awek lawa-lawa sedangkan korang tak tau kos sekali kawan korang dating kat key El,  boleh makan ko seminggu kat kampung. Tu tak kira mentenan awek tu lagi.

Sekian. dan Selamat Hari Raya. Minal Aidil Wal faizin.