PERUBAHAN dan CITA-CITA


Aku teringat satu perbualan dengan seorang seorang pegawai psikologi yang datang memberi ceramah yang ntah hapa2 kat Kementerian aku suatu ketika dulu. Seorang yang nampak bersemangat tapi rupanya kosong di dalam. Ceramah berdegar-degar tapi sangat sarcastik bila aku borak2 tentang harapan dan cita2.

Dia kata kalau nak bercita2/angan pun jangan la melampau. Overzeleous!. Nanti jadi psyco. Cita2 orang gila la lebih kurang maksud dia. Cita2 yag tidak realistik. Dia cakap boleh cita-cita jadi KSU, tapi melampau sangat, tak realistik..

Nak tergelak aku. Cita2 jadi KSU pun tidak realistik. Bagi aku adalah normal kepada PTD bercita2 begitu. Normal jugak aku rasa pada lain2 skim untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam hirarki sesuatu organisasi. kan? Takkan takdak cikgu yang bercita nak jadi KPPM? Mungkin tidak normal bagi Pegawai Psikologi aka kaunselor kot. . Sebab tu dia memperkecil-kecilkan itu. Kesian aku tengok dia. Mentertawakan aku umpama mentertawakan dirinya sendiri..

Meh aku coretkan petikan dari buku Who Move My Cheese. Must read nih!

” Then he used his imigination to paint the most believable picture he could-with the most realistic details of him finding and enjoying the taste of new cheese.

He saw himself eating swiss cheese with holes in it, bright orange cheddar and american cheeses, italian mozarella and wonderfully soft french camembert cheese and …

***** He knew sometimes some fear can be good. When you are afraid things are going worse if you don’t do something, it can prompt you into action. But it is not good when you’re so afraid that it keeps you from doing anything”

Nampak! semua yang positif bermula dengan imaginasi. Jangan takut dengan perubahan. Jangan memperkecilkan impian dan imaginasi orang lain hanya kerana kamu takut untuk bermimpi. Kalau bermimpi pun takut, apatah lagi nak menjadikan ia satu kenyataan. Bermula dengan imaginasi dan impian inilah, akan membuka kita jalan menuju kearah perubahan yang lebih baik. Ke arah merealisasikan cita-cita.

Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Terpulang pada tuan memula perjalanan menentu haluan.

Begitu la sedikit sebanyak kisah seorang pegawai psikologi dan cheesenya.

Oh btw, beli la buku Who Moved My Cheese. Nice to read.

aadios

5 thoughts on “PERUBAHAN dan CITA-CITA

  1. Setuju…Sbb tiap sesuatu tuh mula dengan angan2…X salah nak berangan…Pastuh baru la ada semangat nak berusaha….Dapat k tak…Tuh kuasa Tuhan..Paling2 pon kita dah usaha….

  2. betul tu bro…teruslah berimaginasi dan bermimpi…pegawai psikologi ni dari JPA ke? Apa nama penuh buku ko recommend tu and sape author dia. Bole la aku carik kat Colombo kalau ada…

Leave a comment