Life is like a roller coaster. .. caption yang selalu aku dengar. Ada naik, ada turun. Penuh thrill.. adrenaline rush..  and whatsoever..

Ada juga yang suka jadi pemerhati, komentator, atau pengkritik kehidupan orang lain. Suka melihat turun naik kehidupan orang.

<—-errr  gambar disebelah adalah hiasan semata-mata..

Ada juga yang suka komen/kritik tanpa tau kisah disebaliknya. eyes can deceive you. Apa yang kita lihat dan dengar tidak semestinya betul, begitu juga sebaliknya.

Kehidupan orang lain kadang2 boleh kita teladani… Alhamdulillah. Cumanya kadang2 yang tak sedapya boleh dijadi bahan berita, jadi bahan gosip. Dari elok-elok  kumpul pahala, selepuk  pulak lambakan dosa.

Hidup kita bukan semuanya pilihan.

Ada aturan yang kena ikut. Tak boleh pilih. Itu ketentuanNya. Contohnya, hukum-hakam agama tak boleh pilih, kena ikut. PILIH UNTUK TIDAK IKUT BUKANLAH SEBUAH PILIHAN.

Hidup kita ni adalah ketentuan.

Tapi bila kita dibolehkan memilih, kita harus memilih.. maka pilihan itu adalah ketentuan. Kita boleh mengubah pilihan, tetapi tidak KetentuanNya. Ketentuan bukanlah hasil dari pilihan. Jika sudah ditentukan, tidak pilih makan nasi, jika nasi itu ditentukan rezeki kita pada hari ini, … Suka, tak suka, rela terpaksa, ketentuanNya kita kena makan nasi.

Kata ustaz, apabila ditiupkan roh ke dalam jasad, Allah telah tulis 3 perkara yang telah ditentukan iaitu, rezeki , jodoh dan ajal kita. (ada yang kata 4 = lahir)

Dalam kita tidak sedar.. pilihan kita itu telahpun dipilih Dia lebih awal dari kita. Itulah ketentuanNya. Siapa kita untuk memilih andai pilihan kita telah ditentukanNya.

Moralnya:

1. Nikah-cerai.,skandal atau tidak, janganlah cepat membuat cerita. Kalau dah bz body sangat, selidikla dulu asal usulnya. Kita tidak tahu apacerita disebalik. Jangan main sedap mulut ja menjaja cerita.

2.  Hidup ni kan macam roda/roller coaster.. sendiri mau ingat la.

3. Jodoh itu bukan pilihan. jodoh itu ketentuan. Jodoh itu rahsia Allah . Pemberian Dia. Kalau dah usaha, Dia tak nak bagi.. berani ke marah kat Dia? (Cite hindustan takpe  boleh la marah2 kat tuhan dorang..).

4. Kena banyak doa… doa dan doa.  usaha tanpa doa mcm atheis ja layaknya.   Kata mama kat aku masa aku kecik2..” doala selalu apa yang kita nak… kalau tak dapat doa lagi.. tak dapat doa lagi.. lama-lama tuhan malas nak dengar kita asyik minta menda yang sama.. mesti last2 dia bagi”–> cara mudah mama nak suh budak 10 tahun berdoa.–> (Bila dah besar, baru aku paham kenapa tuhan tak bagi2 apa yang aku nak, sebab dia dah bagi apa yang aku perlukan, just aku ja tak nampak).

5. Apa juga pilihan, sebab dan akibat yang kita tanggung dan akan tanggung juga ketentuan dariNya.

..sebagai hamba, tak usahlah mendabik dada.. semua yang kita lalui ini adalah kehendak Dia jua, tuhan sekalian alam.

titik

3 thoughts on “

Leave a reply to nurrusydina Cancel reply